Tuesday, March 9, 2010

Artikel : 6 Sebab Solat Tidak Khusyuk

Oleh: Ustaz Mohamad Zawawi Yusoh


Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terangkum segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan ugama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan ugama. Antara matlamat utama bersolat adalah untuk ingat kepada Allah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh ”ingat ” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat.buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keiginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat.

Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memkan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa.

Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah,perkataan pula lucah dan cabul serta kotor,gurau senda yang melampau,umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi.

Sebab KELIIMA dan KEENAM...Akan dikemaskini sedikit masa lagi, harap maklum.



sumber petikan : http://ustaz-mohdzawawi.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=26

Sunday, March 7, 2010

Artikel : Baiki Cara Solat Muslimah


Oleh: Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan kerana syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).

Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal - tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.

Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj.

Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

Rujukan : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/12/30/baiki-cara-solat-khas-untuk-perempuan/




Friday, January 15, 2010

Muslimco di RADIO IKIM.fm

Salam semua..Dengarkanlah online bisnes muslimcollection-telekung solat 2 lapis Hari ini 14 Julai 2010 jam 2.30 petang di Radio IKIM.fm

Segmen produk pakaian muslimah online- telekung Solat 2 lapis yang berkualiti edaran muslimcollection.com bersama Hamidah Mohamad, Rabu 14 Julai 2010 jam 2.30 di Radio IKIM.fm...pilihan utama anda..;)

Monday, August 10, 2009

UNTUK MAKLUMAN PELANGGAN MUSLIMCO - TEMPAHAN TELEKUNG


Penghantaran telekung akan dibuat berdasarkan senarai booking yang telah pelanggan buat. Bagi pelanggan yang telah membuat tempahan dan masih belum menerima telekung harap dapat bersabar. Insya-Allah kami cuba sebaiknya untuk urusan penghantaran telekung tersebut secepat mungkin.

Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan,
dicadangkan untuk mengisi borang tempahan terlebih dahulu bagi tujuan rekod dan nama saudara/i akan dimasukkan dalam senarai tempahan. Kami akan poskan telekung mengikut siapa yang membuat tempahan terlebih dahulu.

Terima kasih atas sokongan.




Daripada
~muslimco~

Sunday, June 7, 2009

TESTIMONI

Nama : Puan Nor Hamidah Mohamad
(Owner muslimcollection.com)

Puan Nor Hamidah : Saya dah pakai 10 tahun...Telekung Amirul. Saya sangat suka Telekung jenama Amirul ni kerana kualiti kain baik, jahitan yang kemas, harga berpatutan dan tahan lama.

Telekung Amirul memang selesa, lapis kainnya 2 lapis menjadikan telekung tidak jarang. Oleh itu saya gunakan kesempatan muslimcollection.com ini untuk berkongsi dan perpanjangkan kepada muslim yang lain.

*********************************************************************************

Siti Aisyah - Jerantut Pahang

Salam. Saya dah terima telekung. Elok sgt, beli ye :). Insya-Allah ada family saya yang lain nak beli juga.

*********************************************************************************

Kak Saedah - Jerantut Pahang

Alhamdulillah telekung dah sampai. Elok padannya dengan anak akak. Akak beli ye

*********************************************************************************

Norma- Hijrah Halal Mart

Salam....akak dah guna telekung Amirul dah lebih 10 thn...masa belajar dulu sampai sekarang dah anak empat...masih elok lagi...telekung ni memang berkualiti, tak jarang dan selesa dipakai...t.kasih kerana make it available kat Hijrah Halal Mart :)

*********************************************************************************

Siti Maisaroh, UTM Johor

Alhamdulillah, telekung dah sampai. Cantik dan kemas. Saya beli.tq
SeMoga terus success.


*********************************************************************************

Anonymous

sangat menarik, terima kasih
Monday, February 22, 2010 2:11 PM

*********************************************************************************

Anonymous

sangat menarik, terima kasih
salam...sgt berpuas hati dengan layanan dan servis...

*********************************************************************************

Anonymous

Monday, February 01, 2010 11:43 AM
salam...sgt berpuas hati dengan layanan dan servis dari Puan hamidah..telekung Amirul memang menepati cita rasa sya sbg muslimah...selesa dan yang paling penting, tidak jarang seperti telekung yang biasa ada di pasaran...sya akan terus mempromosikan telekung ni,insyaALLAH, kerana kualitinya dan juga layanan baik dari tuan punya blog ni... =)

*********************************************************************************


Nur (UKM, Bangi)

Alhamdulillah. Saya dah terima bungkusan telekung. Very nice n saiznya padan ngan saya. Lain kali boleh tempah for my mum n suggest kat family beli telekung amirul. :)

*********************************************************************************

Nor (UPM, Serdang)

Alhamdulillah .... Yang penting tidak jarang walaupun besar skit. Dah lama cari telekung dua lapis ni sebab selama ni jahit sendiri lapisan ke dua tu. Kalau ada design baru, bagitau saya yer. :)

*********************************************************************************

Norsyahida (Selangor)

Salam ... dah tenguk telekung. Alhamdulillah cantik, padan je. Terima kasih ye.

*********************************************************************************

Nurul Huda (Sarawak)

Salam.

- Lupa nak inform. Telekung dah sampai. Best, tebal la dari telekung biasa. Tak jarang, Next time boleh order lagi :).

*********************************************************************************

Siti Nasrah (Terengganu)

- Alhamdulillah, telekung dah sampai. Saya berpuas hati.

*********************************************************************************

Farizah
(Subang)

- Saya suka telekung ini sebab 2 lapis dan tidak jarang (menutup aurat). Telekungnya simple tapi cantik.

*********************************************************************************

produksi-muslim

salam.. oh ni ke telekung ni.. ana dah ade dah lama.. baru tau ade jual on9 juga sbb yg tu org bg.. alhamdulillah best pakai sbb tebal dn ade dua lapis kan di bhgian atas ..
x perlu bimbang jarang.. :)






Tuesday, March 31, 2009

HUBUNGI KAMI

Hamidah Collection Enterprise (MA0153886-X)
No. SU-303, Jalan Indah 15,
Taman Indah,
76300 Sg. Udang,
Melaka.
Malaysia
Attn : Puan Hanisah Mohamad

Tel : +6 (011) 3294 7556




Thursday, January 1, 2009

ORDER FORM